Maklumat

 

 

 

Tetamu Perintis yang dihormati,

Sila pastikan anda menulis alamat yang lengkap dan betul semasa membuat pesanan.

Sila maklumkan kepada pihak kami sekiranya anda telah membuat pembayaran sama ada dengan:

i)   menghantar e-mel kepada

     sales@perintisreka.com   

     atau

ii)  menelefon kami di talian

     03-9543 8039/

     013-3222867

     atau

iii) menghantar pesanan

     ringkas ke nombor

     013-3222867.

 

Pesanan anda akan diproses secepat mungkin setelah pengesahan pembayaran dibuat.

Pesanan akan dihantar menggunakan khidmat Pos Laju.

Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

Harap maklum.  

 

Tajuk Terlaris

 

 

Cetakan ke-sembilan

 

ISBN 978-983-43425-6-2

Aneka Contoh Teks Pengacara Majlis

Oleh: N.A. Salleh

Harga: RM20.00

 

 

ISBN 978-967-5121-27-2

518 Pantun Pelbagai Majlis Untuk Teks Pengacara & Teks Ucapan

Oleh: N.A. Salleh

Harga: RM20.00

 

 

 

Cetakan ke-empat

 

ISBN 978-967-5121-25-8

Kenali 15 Superfoods Dalam Al-Quran

Oleh:

Normadiah Daud

Harga: RM20.00

Pernah diulas dalam rancangan 'Nasi Lemak Kopi-O' di TV9

 

 

ISBN 978-967-5121-20-3

Koleksi Contoh Teks Ucapan Berserta Panduan Asas Penulisan Teks Ucapan

 Oleh: N.A. Salleh

Harga: RM20.00

 

 

ISBN 978-967-5121-17-3

Cara Mudah Mengenal Pasti Kesalahan Lazim Dalam Bahasa Melayu

Oleh: N.A. Salleh

Harga asal: RM20.00

Harga Promo: RM16.00

 

 
 
 

Mohd Rashid Ghazali


Mohd Rashid merupakan seorang usahawan yang berpengalaman dalam bidang reka bentuk pakaian, percetakan pakaian dan reka corak grafik. Beliau berkelulusan Bachelor of Economics (Hons.) daripada Universiti Islam Antarabangsa. Walaupun beliau tidak mendapat pendidikan formal mengenai bidang-bidang berkaitan dengan pakaian, kesempatan bekerja dengan sebuah syarikat percetakan pakaian memberi peluang kepada beliau untuk belajar berdasarkan pemerhatian, kajian dan percubaan yang berterusan dalam bidang ini.

Buku ini ditulis berdasarkan minat, pengalaman kajian, ciptaan dan pemerhatian beliau dalam industri ini selama hampir 20 tahun. Semoga dengan terbitnya buku ini akan melahirkan usahawan-usahawan baru dalam bidang percetakan pakaian di negara ini.

 

Buku yang ditulis:

Teknik Asas Percetakan Pakaian

Azman Abdul Rahman


Azman Abdul Rahman datang dari pelbagai bidang industri komunikasi yang menyampaikan maklumat bermanfaat kepada para pengguna di dalam dan di luar negara. Beliau terbabit dalam pembangunan, penerbitan, pengurusan dan penyampaian bahan untuk televisyen, radio, Internet, media cetak, kursus jangka pendek, seminar, bengkel, ekspo perdagangan, kolej, latihan, acara khas, projek dan kempen.

 

Bahan-bahan yang dibangunkan oleh Azman telah digunakan dalam pelbagai acara yang berlangsung di beberapa buah negara seperti di Amerika Syarikat, di Perancis, di Peru, di Mexico, di Russia, di Afrika Selatan, di Ghana, di Mesir, di Dubai, di Pakistan, di Indonesia, di Brunei, di Filipina, di China dan sebagainya.

 

Beliau percaya bahawa penyampaian sesuatu bahan yang paling berjaya adalah yang paling mudah difahami oleh khalayak yang berbeza-beza latar belakang. Prinsip ini lebih dikenali sebagai KISS, yakni “Keep It Simple & Sharp”. Kini, Azman ingin berkongsi pengalamannya dengan pembaca melalui buku beliau yang bertajuk Manual Pengendalian Kursus Jangka Pendek, Bengkel dan Seminar.

 

Buku yang ditulis:

Manual Pengendalian Kursus Jangka Pendek, Bengkel Dan Seminar

 

Norhidayati Bt Mohd Redha


Penulis merupakan seorang graduan Ijazah Sarjana Muda Quran dengan Multimedia berserta Kepujian dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Beliau kini sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana di universiti tempatan. Anak jati kelahiran Seremban, Negeri Sembilan ini kini tinggal berdua bersama dengan bonda beliau di Seremban setelah ayahanda dan kakanda beliau pulang ke Rahmatullah 17 tahun yang lalu.

Beliau mendapat pendidikan di sekolah agama berbahasa pengantar bahasa Arab, iaitu di Maahad Ahmadi Gemencheh dan aktif dalam bidang bahasa Arab. Beliau turut melibatkan diri dalam debat bahasa Arab semasa di universiti sehingga berjaya menjadi johan bersama pasukannya di peringkat universiti. Beliau juga tidak ketinggalan dalam pencapaian akademik, iaitu beliau telah berjaya memperoleh ijazah sarjana muda kelas pertama sewaktu menamatkan pengajian di USIM pada Julai 2012. Tidak kurang juga pengalaman yang ditimba sewaktu melawati beberapa buah negara Arab dan Timur Tengah, iaitu Arab Saudi, Mesir, Jordan, dan baru-baru ini Palestin. Setiap pengalaman yang ada dimanfaatkan sepenuhnya dalam penghasilan buku ini.

Kini, beliau baru sahaja menamatkan latihan praktikal di Infitah Training & Consultancy dan bekerja sebagai perunding di syarikat kepunyaan beliau sendiri dan juga sebagai penceramah sambilan di syarikat tempatan untuk menyampaikan ilmu dalam bidang Tadabbur al-Quran. Di situlah beliau banyak berkongsi pengalaman dan menekankan betapa pentingnya pengetahuan bahasa Arab untuk memahami maksud al-Quran.

 

Buku yang ditulis:

Bahasa Arab Mudah Mengembara di Timur Tengah

Normadiah Daud


Ustazah Normadiah Daud dilahirkan pada tahun 1975 di Dungun, Terengganu. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Laki-laki Dungun dan seterusnya melanjutkan persekolahan di Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail Dungun sehingga Tingkatan Lima. Setelah tamat Sijil Pelajaran Malaysia, beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma di Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (Kusza) dalam bidang Syariah. Seterusnya beliau menyambung pelajaran ke peringkat ijazah pertama di Universiti Al-Azhar Mesir dalam bidang yang sama.

Pada usia 25 tahun, beliau telah berjaya menamatkan pelajarannya di peringkat sarjana dalam bidang Syariah di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini beliau berkhidmat sebagai pensyarah Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Universiti Darul Iman Malaysia. Ketika buku ini dibangunkan, beliau dalam program cuti belajar Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia bagi menyiapkan pengajiannya di peringkat PhD dalam bidang Syariah di Universiti Kebangsaan Malaysia.

 

Buku yang ditulis:

Kenali 15 Superfoods Dalam Al-Quran

 

Amin Hazyq


Penulis merupakan seorang graduan lulusan University Of Bradford, United Kingdom yang telah lama berkecimpung dalam bidang pengurusan sumber manusia. Beliau bertugas di sebuah syarikat swasta dan bertanggungjawab dalam soal-soal yang berkaitan dengan operasi syarikat. Ini termasuk hal-hal yang berkaitan dengan pengambilan pekerja baru, menganjurkan pelbagai program latihan untuk meningkatkan prestasi pekerja dan merangka pelbagai rancangan dan insentif untuk tujuan motivasi pekerja.

 

Dari masa ke semasa, beliau ditugaskan untuk menilai mutu kerja setiap kakitangan dan memastikan sama ada tugasan yang diberi adalah bersesuaian dengan kebolehan mereka.

 

Buku yang ditulis:

Cara Mudah Berucap

101 Perkara Yang Anda Harus Tahu Untuk Menjadi Pengacara dan Hos TV Versatil

Cara Mudah Mengendalikan Majlis Rasmi Dan Aktiviti Riadah Syarikat

Aneka Pilihan Pekerjaan Untuk Anda

Aneka Contoh Surat Rasmi Dan Kertas Kerja Pengurusan

Panduan Kerjaya

Cara Mudah Menguasai Kemahiran Bersosial - Tatacara Diri Dan Etiket Sosial

Cara Mudah Menguasai Kemahiran Berkomunikasi

365 Soalan Lazim Ketika Temu Duga

Ujian Aptitud - Tentukan Kerjaya Anda

Cara Mudah Menguasai Kemahiran Temu Duga

 

Mohd Yusoff Noordin @ cikgutuition


Penulis merupakan seorang graduan lulusan Universiti Teknologi Mara dan telah hampir 15 tahun berkecimpung dalam bidang latihan, perbankan dan pemasaran. Beliau ialah seorang jururunding dan pensyarah bahasa Inggeris sepenuh masa dan turut terlibat dalam penterjemahan bahan-bahan ilmiah.

Tugas beliau dalam bidang pemasaran memerlukan beliau sering ke luar negara dan berurusan dengan pelanggan-pelanggan antarabangsa. Ini memerlukan beliau sentiasa berinteraksi dalam bahasa Inggeris. Beliau juga terlibat dengan latihan dalaman syarikat. Beliau menyediakan latihan bahasa Inggeris kepada pekerja syarikat agar mereka lebih bersedia untuk berurusan dengan pelanggan dari luar negara.

 

Buku yang ditulis:

Cara Mudah Mengajar Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris Untuk Sekolah Rendah

Perbualan Sehari-hari Dalam Bahasa Inggeris

Cara Mudah Memperkenalkan Bahasa Inggeris Kepada Anak Anda

Cara Mudah Menguasai Kemahiran Berbahasa Inggeris 2 - Perbualan Telefon

Cara Mudah Menguasai Kemahiran Berbahasa Inggeris 1

 

Dr. K Ghazalli


Penulis dilahirkan di sebuah pekan kecil di Negeri Sembilan dan telah mendapat didikan awal di Seremban. Beliau merupakan graduan Universiti Malaya dalam bidang pergigian.

 

Beliau pernah bertugas di hospital kerajaan selama sepuluh tahun sebelum menguruskan kliniknya sendiri sekarang. Sepanjang beliau bertugas di serata Malaysia, beliau telah melihat dan bertemu dengan ramai pesakit yang agak keliru dengan hala tuju kerjaya mereka dan mempunyai keyakinan diri sendiri yang rendah. Keadaan ini telah mendorong beliau untuk membaca dan mencari informasi yang lebih mendalam dalam bidang motivasi.

 

Buku yang ditulis:

Buku Kerjaya            

Menilai Potensi Sebenar Anda

Buku Kanak-kanak  

A to Z Animal Tales From The Forest Series (25 tajuk)

My Perintis Animal Rhymes Series (5 tajuk)

A to Z Learn English Through Rhymes For Young Readers Series (4 tajuk)

A to Z Learn English Through Rhymes For Juniors Series (4 tajuk)

A - Z Mari Belajar Membaca Melalui Seloka (4 tajuk)

Siri Kisah Si Harith & Hannah (8 tajuk)

 

N.A. Salleh


Penulis merupakan graduan Bacelor Pendidikan Pengajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pertama (PBMP), Universiti Putra Malaysia dan pemegang ijazah Sarjana Pendidikan Bahasa Melayu daripada Universiti Kebangsaan Malaysia. Ketika buku ini ditulis, beliau sedang berkhidmat di salah sebuah sekolah di Kuala Lumpur, mengajarkan Bahasa Melayu menengah rendah dan menengah atas. Beliau merupakan Guru Cemerlang Bahasa Melayu. Kini, beliau berkhidmat sebagai SISC+ di salah sebuah Pejabat Pendidikan Wilayah di Kuala Lumpur.

 

Siti Sifir


Penulis yang berasal dari Utara tanah air merupakan seorang graduan dalam bidang optometri dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur. Beliau mendapat ijazah pada tahun 2002 dan memulakan tugas sebagai optometrist pada tahun yang sama. Beliau turut mempunyai minat mendalam dalam bidang penulisan dan telah memulakan blog sendiri untuk mengasah minat beliau. Ilham daripada pembacaan dan pemerhatian telah mendorong beliau menghasilkan buku yang belum dibukukan secara khusus ini dengan harapan dapat membantu sedikit banyak masalah yang dihadapi oleh masyarakat kini.

 

Shahrul N.R.


Penulis merupakan seorang graduan lulusan Ijazah Sains Komputer, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang telah lama berkecimpung dalam dunia penulisan pelbagai dokumentasi berkenaan Kertas Kerja Pembangunan, Pelan Perniagaan, Kertas Cadangan dan Pelan Strategi Projek. Beliau kini bertugas di salah sebuah syarikat penerbangan Malaysia dan bertanggungjawab dalam soal-soal yang berkaitan dengan perihal Teknologi Maklumat dan operasi pengurusan IT syarikat tersebut.

Berpengalaman memegang jawatan yang melibatkan penyediaan kertas kerja dan pelan perancangan membuatkan beliau begitu arif tentang selok-belok isi kandungan dan kaedah yang sesuai dalam membuat sesuatu kertas kerja. Begitu juga dengan Pelan Perniagaan, telah banyak dihasilkan untuk pelbagai pihak yang memerlukannya bagi tujuan mendapatkan pinjaman kewangan, kelulusan pihak berkuasa dan kajian hasil pendapatan perniagaan yang bakal diceburi.

 

Buku yang ditulis:

Koleksi Contoh Dokumen Perjanjian Berserta Panduan Asas Membina Rangka Dokumen Perjanjian

Aneka Contoh Profil Syarikat

Aneka Contoh Kertas Kerja Pengurusan

Aneka Contoh Kertas Kerja Perniagaan

 

 

fghaz


Penulis merupakan seorang graduan sebuah universiti di United Kingdom. Anak kelahiran Negeri Sembilan ini juga merupakan pemegang ijazah sarjana dari universiti yang sama.

Beliau merupakan seorang pemilik dan pengarah eksekutif beberapa buah syarikat yang beroperasi di Kuala Lumpur. Tugas khusus beliau selain daripada mengawasi produktiviti syarikat adalah untuk menemu duga calon yang berminat menyertai syarikat, merangka program bagi melatih kakitangan baru dan memotivasi kakitangan yang sedia ada. Luar dari waktu bekerja, beliau banyak terlibat dalam pembangunan akhlak remaja dengan menyumbang artikel yang berkaitan dengan isu sosial remaja. Artikel beliau telah diterbitkan dalam beberapa majalah tempatan.

 

Buku yang ditulis:

Buku Kerjaya              

Post Mortem Masalah Temu Duga Anda

Aneka Contoh Surat Rasmi Dan Kertas Kerja Pengurusan

Buku Kanak-kanak    

Children's Mysterious Encounters With The Third Kind Series (4 tajuk)

Tales For Boys And Girls Series (4 tajuk)

Perintis Young Science Readers Series (10 tajuk) *

Perintis Little Maths Readers Series (8 tajuk) *

     * Boleh juga didapati dalam versi Bahasa Cina.

 

 

Katalog

Terbitan Terkini

ISBN 978-967-5121-34-0

Cara Mudah Ketahui Hal Ehwal Protokol & Etiket Dalam Aneka Majlis

Oleh: N.A. Salleh

Harga: RM20.00

 

ISBN 978-967-5121-33-3

Teknik Asas Percetakan Pakaian

Oleh: Mohd Rashid Ghazalli

Harga: RM20.00

 

ISBN 978-967-5121-30-2

Manual Pengendalian Kursus Jangka Pendek, Bengkel dan Seminar

Oleh: Azman Abdul Rahman

Harga: RM20.00

 

 

ISBN 978-967-5121-29-6

Kompilasi Kertas Kerja Program Dan Laporan Aktiviti

Oleh: N.A. Salleh

Harga: RM20.00

Maaf, tajuk ini telah kehabisan stok buat masa ini.

 

 

ISBN 978-967-5121-28-9

Bahasa Arab Mudah Mengembara di Timur Tengah

Oleh: Norhidayati Mohd Redha

Harga Kini: RM20.00

 

 

ISBN 978-967-5121-27-2

518 Pantun Pelbagai Majlis Untuk Teks Pengacara & Teks Ucapan

Oleh: N.A. Salleh

Harga: RM20.00

 

 

 

Cetakan ke-empat

 

ISBN 978-967-5121-25-8

Kenali 15 Superfoods Dalam Al-Quran

Oleh:

Normadiah Daud

Harga: RM20.00

Pernah diulas dalam rancangan 'Nasi Lemak Kopi-O' di TV9

 

 

ISBN 978-967-5121-21-0

Koleksi Contoh Dokumen Perjanjian Berserta Panduan Asas Membina Rangka Dokumen Perjanjian

Oleh: Shahrul N.R.

Harga: RM20.00

 

 

ISBN 978-967-5121-24-1

Cara Mudah Mengenal Pasti Langkah Menuju Kejayaan Dalam Hidup

Oleh: Amin Hazyq

Harga Kini: RM20.00

 

ISBN 978-967-5121-20-3

Koleksi Contoh Teks Ucapan Berserta Panduan Asas Penulisan Teks Ucapan

 Oleh: N.A. Salleh

Harga: RM20.00

 

 

ISBN 978-967-5121-17-3

Cara Mudah Mengenal Pasti Kesalahan Lazim Dalam Bahasa Melayu

Oleh: N.A. Salleh

Harga asal: RM20.00

Harga Promo: RM16.00

 

 

ISBN 978-967-5121-05-0

101 Perkara Yang Anda Harus Tahu Untuk Menjadi Pengacara Dan Hos TV Versatil

Oleh: Amin Hazyq

Harga: RM12.00

 

 

ISBN 978-967-5121-07-4

Cara Mudah Mengendalikan Majlis Rasmi & Aktiviti Riadah Syarikat

Oleh: Amin Hazyq

Harga: RM20.00

 

 

ISBN 978-983-43425-7-9

Aneka Contoh Pantun Pilihan Mengikut Atur Cara Majlis

Oleh: N.A. Salleh

Harga: RM20.00

 

 

ISBN 978-983-43832-0-6

Manual Kerja Super Isteri

Oleh: Siti Sifir

Harga: RM12.00

 

 

ISBN 978-983-43832-1-3

Manual Kerja Super Suami

Oleh: Siti Sifir

Harga: RM15.00

 

 

ISBN 978-967-5121-11-1

Cara Mudah Mengajar Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris Untuk Sekolah Rendah

Oleh: Mohd Yusoff Noordin

Harga: RM12.00

 

ISBN 983-3283-90-X

Perbualan Sehari-hari Dalam Bahasa Inggeris

Oleh: Mohd Yusoff Noordin

Harga: RM20.00

Maaf, tajuk ini telah kehabisan stok buat masa ini.

 

 

ISBN 983-3283-91-8

Cara Mudah Memperkenalkan Bahasa Inggeris Kepada Anak Anda

Oleh: Mohd Yusoff Noordin

Harga: RM16.00

 

 

 

Cetakan ke-sembilan

 

ISBN 978-983-43425-6-2

Aneka Contoh Teks Pengacara Majlis

Oleh: N.A. Salleh

Harga: RM20.00

 

 

ISBN 983-3283-72-1

Post Mortem Masalah Temu Duga Anda

Oleh:  F.Ghaz

Harga: RM12.00

 

ISBN 983-3283-71-3

Cara Mudah Menguasai Kemahiran Berbahasa Inggeris 2 

- Perbualan Telefon

Oleh: Mohd Yusoff Noordin

Harga: RM14.00

Maaf, tajuk ini telah kehabisan stok buat masa ini.

 

 

ISBN 983-3283-73-X

Cara Mudah Menguasai Kemahiran Bersosial - Tatacara Diri Dan Etiket Sosial

Oleh: Amin Hazyq

Harga: RM12.00

 

ISBN 983-3283-66-7

Panduan Kerjaya

Oleh: Amin Hazyq

Harga: RM12.00

 

[../books/aptitud.htm]

Pembayaran boleh dibuat menerusi bank-bank berikut:

 

Pesanan akan dihantar menggunakan

perkhidmatan Pos Laju daripada Pos Malaysia.

Sila klik untuk maklumat lanjut.

Perintis Publications

6A, Jalan Bendahara 24/4,

Seksyen 7, Bandar Mahkota Cheras,

43200 Cheras, Selangor

Tel: 03-90195303

Faks: 03-90195303

E-mel: admin@perintisreka.com

editorial@perintisreka.com