Pantun merupakan puisi tradisional yang sememangnya mempunyai keindahannya
yang tersendiri dan sesuai untuk disisipkan dalam apa-apa teks sama ada teks
pengacara majlis atau teks ucapan. Penggunaan pantun dalam sesuatu teks
bukan sahaja menyerikan teks tetapi juga mampu menghidupkan sesuatu teks itu.
Keindahan bahasa dalam pantun mampu menarik perhatian hadirin untuk kembali
mendengar atau memberi perhatian dalam sesuatu majlis. Diharapkan semua
pantun yang terdapat dalam buku ini dapat membantu anda mengindahkan teks
pengacara majlis dan teks pengucapan awam dengan baik dan menarik. |